Blogger Malaysia Di Facebook | Sebab Kenapa Aku Keluar Dari Kelab Ini | Neo In Blog

Neo In Blog blogging | tips | tutorial | idea | info | motivasi |

30 June 2010

Home » , » Blogger Malaysia Di Facebook | Sebab Kenapa Aku Keluar Dari Kelab Ini

Blogger Malaysia Di Facebook | Sebab Kenapa Aku Keluar Dari Kelab Ini

 Blogger Malaysia Di Facebook | Sebab Kenapa Aku Keluar Dari Kelab Ini

Entri luahan perasaan ke 2 aku selepas entri Biografi Seorang Blogger.Entri kali ini adalah satu entri yang agak berisiko.Aku mungkin akan dibenci oleh kawan-kawan blogger dan facebook aku sendiri.Namun begitu dah tiba masanya untuk aku bersuara.

Aku mula join Kelab Blogger’s Malaysia kalau tak silap ialah pada awal atau pertengahan bulan Jun 2010.Aku juga merupakan antara beberapa belas orang blogger yang ada memberi komen pada Perutusan Ketua Mod page itu di facebook.(berbelas orang dari beribu ahli yang ada)

Itu adalah antara tanda aku menunjukkan sokongan dan ucapan terima kasih dengan penubuhan kelab yang mengumpulkan ribuan blogger malaysia itu. [ lihat gambar 1]

Bloggers’s Malaysia Di Facebook | Sebab Kenapa Aku Keluar Dari Kelab Ini gambar 1

 

Sebab kenapa aku keluar dari Kelab Blogger’s Malaysia Di facebook

Namun semalam aku agak terkejut apabila melihat ada Admin dari Kelab Blogger’s Malaysia yang mengeluarkan status seperti di bawah ini.[ lihat gambar 2a-2c ]

Bloggers’s Malaysia Di Facebook | Sebab Kenapa Aku Keluar Dari Kelab Ini

gambar 2a

Bloggers’s Malaysia Di Facebook | Sebab Kenapa Aku Keluar Dari Kelab Ini

 gambar 2b

Bloggers’s Malaysia Di Facebook | Sebab Kenapa Aku Keluar Dari Kelab Ini

 gambar 2c

Disebabkan rasa tidak berpuas hati dengan perkataan2 yang digunakan oleh Admin berkenaan,aku membuat satu notis kepada Admin Kelab Blogger’s Malaysia dan aku tujukan juga notis itu kepada blogger yang amat aku hormati iaitu Ariff Shah.[lihat gambar 3]

Bloggers’s Malaysia Di Facebook | Sebab Kenapa Aku Keluar Dari Kelab Ini

gambar 3

Namun begitu,notis itu seperti tidak mendapat sebarang komen atau respon,baik dari Ariff Shah sendiri,aku tak tau pasal apa,mungkin Ariff Shah tidak mempunyai sebarang kuasa pada kelab ini atau mungkin ada sebab yang tersendiri. [jika kau baca entri ni bro,harap dapat beri sedikit penjelasan]

Disebabkan itu sekali lagi pada pagi ini aku menulis sekali lagi notis berkenaan dan kali ini aku tujukan kepada semua Admin Kelab Blogger’s Malaysia di Facebook.Jawapan dan reaksi yang aku dapat dari Admin agak mengejutkan.Sila lihat dan baca dengan teliti [lihat gambar 4a-4b]

Bloggers’s Malaysia Di Facebook | Sebab Kenapa Aku Keluar Dari Kelab Ini gambar 4a

Bloggers’s Malaysia Di Facebook | Sebab Kenapa Aku Keluar Dari Kelab Ini

gambar 4b

Hanya beberapa minit selepas itu,status ini telah pun di delete kan sendiri oleh Ketua Admin Kelab Blogger’s Malaysia.Kenyataan itu dinyatakan dengan status yang agak kurang sedap juga bunyinya pada aku.[ sila lihat gambar 5 ]

Bloggers’s Malaysia Di Facebook | Sebab Kenapa Aku Keluar Dari Kelab Ini gambar 5

  • Kesimpulannya di sini,di manakah letaknya salah aku?
  • Adakah notis aku tu ada berbaur cari gaduh atau menyokong sesiapa?
  • Bukankah menjadi tanggungjawab setiap ahli untuk memberi teguran yang membina agar Admin sesuatu kelab yang diikuti dapat mengawal emosi ketika menulis di tempat umum?

Ya,menjadi tanggungjawab aku untuk memastikan admin kelab yang mana aku adalah seorang dari ahlinya menjadi lebih profesional dalam menulis dan menerajui sesuatu kelab yang besar seperti itu.Sekiranya perkara ini dibiarkan,ia hanya akan memberi pandangan negatif ahli lain kepada kelab itu sendiri.

Sepatutnya Admin Kelab Blogger’s Malaysia yang berkenaan  berfikir terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sesuatu status atau pandangan.Persoalannya “Untuk apa status yang seperti gambar 2a itu dikeluarkan?

Aku bukan mengeluarkan notis ini kerana menyokong hellioz atau mana-mana puak sekalipun,Ya memang benar,aku salah seorang dari pembaca blog hellioz tapi tidak semestinya aku perlu bersetuju dengan semua pandangan atau perspektif yang dia keluarkan.Aku rasa hellioz pun dapat terima hakikat ni.

Aku cuma tak berpuas hati bila Admin sesuatu kelab besar seperti kelab Blogger’s Malaysia boleh mengeluarkan dan menulis kata2 dan perkataan seperti “Babi” dan ditujukan pada seseorang,tak kira lah pada sesiapa pun.Kalau nak buat macam tu sangat buatlah entri kat blog sendiri bro.Tak perlulah sampai nak guna status di kelab.

Disebabkan niat dan teguran aku yang pada mulanya tidak lain tidak bukan hanyalah untuk memperbaiki lagi kualiti kelab itu di pandang serong oleh Admin Kelab Blogger’s Malaysia,Dengan ini aku akan menarik diri dan keluar dari Kelab Blogger’s Malaysia yang dipimpin oleh saudara Dakjaat.<----- Aku benar2 kecewa dengan cara lu memimpin bro.

Akhir kata kalau ada kata-kata,perkataan atau pernyataan aku di atas yang aku tersilap kata atau terlepas pandang,korang boleh tegur je aku,no hal..kita kalau hidup tak boleh terima teguran orang,memang tak ke mana la.

Salam-salam semua.


like tak?

Sekiranya korang rasa artikel ini berguna,Sudi2 kan lah share dengan kawan-kawan yang lain. :-)

54 comments:

•:*:• 8 - July •:*:• said...[Reply to comment]

i like ur style!! hihih..mmg patot pon kuar dari blog malaysia...

Tupai Karan said...[Reply to comment]

btoi.. susah betul nak tegoq orang yg terlalu beremosi camtu.. benci sorang2 sudah la, tak payah mencarut2 pulak, sama 2x5 plak nanti.. erm lepas ni dia emo kutuk hang pulak? harap tak la.

Fyzal said...[Reply to comment]

memang tindakan yang bijak saudara neo meninggalkan kelab itu. tiada guna kita duduk dalam organisasi yang mana pimpinannya tidak boleh menerima teguran dan sentiasa merasa dirinya sahaja yg betul.

jadi aku benar2 sokong tindakan ko tu bro. nasib baek aku tak penah join pun kelab tu. kalo bro neo rasa nak ada kelab. kita boleh bukak kelab lain. tiada masalah.

kalau ada kelab lain. mungkin admin kelab BM akan sedar kesilapan dieorang. ini sekadar cadangan.

Azizul Luqman said...[Reply to comment]

aku tak sokong memane pihak.,
juz' mane yg baik bg aku, aku ambek lah..
yg tak baik tu pepandai lah...

lantaklah nak suarakan pendapat ke, komen ke.,
aku layan je, lpas tu aku pepandailah nilaikan baik buruk bnde tu...

si mod bm tu pun satu.,
jage lah sikit emosi., sembang kencang tapi lbh kurang sama je..
hahahaha...

maafkan kami penunggu gua... =.="

I n n z said...[Reply to comment]

terkejut gak bile bukak fb ritu, tgk ade status neyh .
mulut sume memsaing boleh thn .
mrh betul sampai menulis ikut sedap .

yg ckp hellioz syaitan tuh .
tak boleh terima .


bukan backing hellioz tp mrh sbb bhs yg digunakan ,
^__^

• Λ τ ♈ и • said...[Reply to comment]

Setia teguran kan kena diambil kira ? tak bermakna kita orang "atas" . kita lah betul . kadang2 orang "bawah" neh lebih betul dr orang atas . cuba trima kenyataan dengan menerima teguran tuh . huhu . tak salah kan? saya hnya budak2 yg memberi pendapat sndri :) winkwink

chenta said...[Reply to comment]

dia kata anak2 kecil bertelagah?slh ke nak beri nasihat smpai dianggap seperti anak kecil bertelagah. memang tak profesional..nasib baik sy tak pernah tau kewujudan page ni so secara tak langsung memang tak join la..

LoVe_mE !Qa said...[Reply to comment]

in conclusion,

i SUPPORT ur decision!
(^_____^)

Ampuan Awang said...[Reply to comment]

salam, neo...

walaupun aku tak kenal langsung dengan 'Helli' tapi aku seolah faham dengannya, seeloknya kita biarkan saja dia meluahkan segalanya. tentang isu BM, adab kena jaga... ya, adab kena jaga. kalau adab tak dijaga, campinglah badan si empunya diri

salam damai

Farid MOFASAD said...[Reply to comment]

admin page 2 bodoh... otak tak pernah nak bukak...

Farid MOFASAD said...[Reply to comment]

kasarnya ayat gua..

malu ai~

Nyetok said...[Reply to comment]

Tahun ni tahun sentap kot.. dari 2004 aku blogging rasanya tahun ni la paling banyak gaduh2... ahemm kalo blogger politik xyah cakap la dari dlu lagi jenis sentap, skang ni blogger2 lain pun turut sama dah

kaizen shinobi said...[Reply to comment]

selepas aq baca, aq baru tau tentang wujud BM nih... erk?

well... sangat teruk de... ape nak jadi? sigh~

hellioz said...[Reply to comment]

gyahahahah~

relax bro..
gwa nampak rational lu kt mane
gwa tgok admin BM he gwa da tau da ape cite
Si dakjaat tuyh memang emo lebeyh
mcm dy plak yg perang dgn gwa
padahal gwa dgn jk da setel da
gwa ade kt sbelah lu kalau papehal jadik
gyahahahahahah~

Nescafe ais said...[Reply to comment]

Bila baca ayat pada wall FB tu nampak macam sedap jer bunyinya. Tapi bila masuk bab komen, 2x5 juga. Nampak macam lebih sudu dari kuah pun ada. Orang yang tak ada kena mengena pulak yang sibuk.

Pada aku, tak rugi pun kalau tak join atau keluar dari team tu.

.sweet-ants. said...[Reply to comment]

hehe sori x phm tp mcm phm.ntah
baik aku jd blogger underground je
GB pon aku dah mls nk masuk
kes pun lbh kurg same r...
peace :)

::Sarah:: said...[Reply to comment]

Group Blogger's Malaysia? Ada jg wujud group gini kat FB. Bagi saya, tak salah engko tegur. Lagipun dengan cara baik, bukannya dengan penuh emosi.Nasib aku tak join group tue.

Well, if he doesn't like it, don't read it lah wei. Benda dah settle xkan nak bangkitkan balik. Yang dia nak emo sangat apahal. Heran, heran. Buat malu blogger sedunia jak.

The group is a failure itself. No point on continuing it. Buat gaduh blogger sesama blogger jer. Kalo Obefiend masuk group tue, memang habis kena troll. Hah!~

P/s: You did the right thing. S'oklah kalo tak join. Bukannya rugi apa2 pun..Stay cool mang.

.::WaNiE::. said...[Reply to comment]

di mata saya yg membaca printscreen tersebut seolahnya admin itu SEPERTI BIASA mengeluarkan statement emo.

qishie said...[Reply to comment]

ah.dia(admin BM) nak hentam melayu perangai itu ini, dia pun sama je. kutuk orang lain boleh.kemain emo. tapi bila orang tegur sket, menyalak lebih.boo~

Faizal The Newscaster said...[Reply to comment]

you made the right decision. u have my support!

dia nak hentam orang, tapi perangai dia pun sama.
jadi?

nak jadi pemimpin yang bagus kena la terima pendapat orang bawahan. kalau rasa tak boleh terima, jangan jadi admin lah. simple as that. U said all that in a very good manner, itu pun nak melenting? nasib lah bukan hellioz yang tegur dia. kalau tak..konfem gyahahahahah (kena gelak dengan hellioz)

Affan Ruslan said...[Reply to comment]

Aku baca gak mnde ni sblm ko post.
tp malas lak nk komen kt die

fndrocka said...[Reply to comment]

ok...macam hamjadah jugak admin sana ya. mangata orang style tak tengok cermin dulu.aku pun tak sokong mana2 parti..cuma nampaklah kepincangan kepimpinan di situ..iye tak.bila dah ada pengaruh..memasih fikir diri boleh buat apa saja..mudah nak pengaruh follower dia..tapi kita bukn bodoh sgt kan.support penulis entri ni..

¶A.K.I¶ said...[Reply to comment]

hye hye hye!!

datang dari hellioz...
dia bg link..

aku seyes xtaw pon ada grup blogger malaysia ni.. nsb ak join blogger tegar aje.. haisshh...

senang kata... admin group 2 lebey sampah dari org yg dia kutuk. sebab:

1. bukan dia yg gaduh2..

2. dia berniat mau 1 padukan blogger msia tapi dia pon memaki

3. tak layak jadi lelaki kalau dia lelaki.
Allah da nyatakan dalam dunia manusia menjadi khalifah di muka bumi. memimpin dunia dan menjaga kepentingan manusia. lelaki terutamanya di jadikan untuk memimpin dengan mggunakan akal bukan hawa nafsu.

jadi... sapa2 yang nama lelaki.... aku suggest korang yang mempunyai 9AKAL ini guna kan sebaik baiknya. jgn hny kerana 1 nafsu yang ada.. tapi nafsu yang lebey menguasai. aku sebagai perempuan mncari cari lelaki yang berfikiran menggunakan 9AKAL!

So neo.. ko da menggunakan 9 akal yang diberikan dengan tepat.. masa akan datang.. kekal kan.. emosi jauhkan~

cikgadis konfiuss said...[Reply to comment]

betullah tu.
sebelum ni ada yg lagi teruk
tahan hati ja tengok apa yg dorang tulis
macam dorang ja betul 100%
hairan. bercakap macam org yg perfect. haihh~

aLy said...[Reply to comment]

memang tak besh btul ar bile admin n pemimpin kelab cakap cam tuh

nak tegur pun tak yah ar nak melabel sampai cam tuh

tah ape-ape tah

buat hilang respek jek

(dtg dr hellioz gak)

Nerzhul said...[Reply to comment]

admin sendiri dah mencemar dulikan nama kelab.hahahaa

farahh said...[Reply to comment]

lu buat entri yg gle terbaik. hahaha.

i'll be ur side.

eh, gua bukan nak kipas2 k. hahaha. gua dh bace kesemua pihak. bagi gua masing masing ade salah, masing masing ade betulnye.

kalau hellioz dh cakap die dh setel dgn jk, that's it. jk pon dh kuar entri mintak maaf rite. so admin BM takperlu lah nk lebih2..

admin BM tak takut kene rage plak ke?? bhahahahaha :D

soffya cik bulan said...[Reply to comment]

tk kenal hellioz melainkan selalu bc nama dia di page wanie..
tp bila bc entry ni, ohh seserius ini kah dunia blogging?

bg sy, seseorang admin tk boleh nak menggunakan klbhn (sbg admin) utk kuar status pndgn sndri...

liyanna said...[Reply to comment]

camne leh jadi admin tapi tak professional?
masing masing kan ade pandangan masing masing?
blog orang, lantak orang la nak buat ape kan?
urm..
selagi tak menyalahi undang undang
tak keluar aqidah
biarkan blogger tu dgn tulisan dia.

nape nak jadi batu api lak ni?
aiyakk..

Aujinz said...[Reply to comment]

Yeahhh..

aku tak penah juin kelab merapu macam tue..
owh..


aku dah lame tak bukak FB...
muahahhaha..

nEo.. said...[Reply to comment]

Terima kasih di atas komen,pandangan dan pendapat semua.Semoga perkara ini dapat memberi pengajaran dan tauladan untuk kita bersama.Thanks once again guys.

DuniakuAbstrak said...[Reply to comment]

1. Tujuan da betul nak menyatu padukan bloggers tapi cara dia buat tu nak mengeruhkan lagi ade la..

2. Ditegur dengan cara yang paling sopan tapi dibalas dengan kata2 kasar..

3 Suruh orang lain tulis elok2 tapi diri sendiri pamer tulisan yg teruk..

4. Tak profesional

5. Tak profesional

6. Tak layak jadi Admin/ pemimpin

p/s Hanya pandangan aku, sekadar utk mengingati sesama kita...amik ug baik, yg buruk tu sama2 kita jgn ikut..siapa la aku utk mengkritik, hanya blogger picisan biasa

eszol said...[Reply to comment]

bila manusia bermuka-muka
kalah talam dua muka


bila manusia bajet kuat
lupe siapa yg ada dekat belakang


bila bajet tak man-man
tak man-man jugak jd ayatnye


hak utk bersuara itu basic need to non-minor
hormatilah hak itu
kita yg judge sume tu dan jgn lupe kita ade hak utk memilih


biarlah mereka
biarkan
biarkan
biarkan si luncai dgn labunye~

LORD ZARA 札拉 said...[Reply to comment]

Salam Neo.
Aku salah seorang admin sana (itupun untuk import masuk entry aku)
aku kalau tulis status kat sana, aku akan letak nama aku.

Oh, aku sendiri tak tahu siapa yang menulis status sebegitu sebab kalau Dakjaat yang tulis, dia akan tulis nama dia juga~

Dan ya, siapa yang menulis itu, aku rasakan mungkin dia tidak berfikir secara rasional. menulis bercampur emosi dan sangat bersifat peribadi. Moga dia yang menulis itu akan meminta maaf.

Oh, aku dapat berita ni lepas baca Tweet Dak Kopok Bulat2 yang suka ketawa camni >> gyahahaha~ (Oh, pitam pasni kalau dia baca) LOL!

jaga diri Neo~

hanis aleeya said...[Reply to comment]

@neo: so pity admin2 tu tak jaga betul2 group tu. I know I'm in it, tapi just can't resist some feeling of rage. lepas ni maybe nak g jaga Blogger Tegar Malaya tu je kut.

@hellioz: sorry I called u hellboy, tp tu just kiddin. sorry nis tegur hellioz "melenting kena tegur" sbb tu yg nis nampak. seriously, I read your perspectives few times and I ate this entry before choosing to comment. after nampak "page anti-hellioz" tu nis tak komen sbb terfikir. buat apa nak anti-anti segala bagai nih? everyone here are bloggers. we need each other. kalau cuma ada sorang blogger dalam dunia ni mesti dunia blog kita tak meriah. I'm not taking sides. kalau nak g rage blog nis pun rage la. tak kisah. anyway, thanks sebab tambah trafik nis hari ni. terkejut tengok nama hellioz terpacak kat shoutmix tu tadi. [I tak gila trafik, ok! dah 2 hari tak cecah 50 pun.. nak baca, baca. taknak baca, blah dengan terhormat.. that's me. tak ajak, tak halau..]

nEo.. said...[Reply to comment]

@Azizul Luqman
@Zara
@Hanis

Terima kasih di atas kehadiran anda,Ape2 hal kita tetap kawan walaupun korang still jd admin kat situ.

ZihNuN FaTiN said...[Reply to comment]

pttnya sbg admin kena jaga tutur kata n tingkah laku...ni tak,guna ayat yg tidak mengharmonikan...hmmm

slm kenal...=)

Sakira said...[Reply to comment]

Admin tu memang went over the board. I don't see your fault there.

Xen said...[Reply to comment]

salam...aku pun baru perasan bila ada jer yang post link blog kat situ kompem admin2 kat pages tu komen cam tak nak support trutamanya yang masih pakai blogspot..banyak yang komen spt ayat2 sindiran.bagi aku, admin sepatutnya komen lebih positif dan tidak perlu menyindir kerana blogger masing2 mempunyai pendapat tersendiri untuk post entri di blog mereka.sekian dari sy..salam kenal

izyanty collection said...[Reply to comment]

aku pun nak boikot blogger m'sia. aku pun dah kena ngan mulut laser admin page tu.

MaryamJamilah said...[Reply to comment]

aduhai2.. apekah segala macam bende pelik ni. Well, aku datang dari belog Hellioz. Malas masuk campur tapi nak bagi komen. aci tak? =p

Be truth, kekadang tak setuju ngan Hellioz. kekadang setuju je. memasing ade perspektif sendiri (ha. tiru ayat ko lagi Hellioz).. Tapi.. tapi tapi.. Misal kate si Hellioz tak buat segala macam kutuk mengutuk yang bloggers2 ni hipokrit, korang takkan tau kan siape yang mudah melenting siape yang tak??? Dalam blog ayat manis2an tapi.... (pk sendiri)

Setuju bunyi status fb tu macam sedap. Sekali bace komen.. pergh. Simpati dengan admin yang lain sebab secara tak langsung dapat nama buruk.. Jadi, sebelum buat ape2, think twice..

*taktau nak tulis ape. otak tgh serabut. Anyway, we support you neo. ngheeeee~

FIFIEY LYCHEE MARATION said...[Reply to comment]

neo...yg mna satuu blogg yg kuarkan kata2 tu??

nEo.. said...[Reply to comment]

@FIFIEY LYCHEE MARATIONermmm,takpe la..biar je dia.

kurawk said...[Reply to comment]

ouh baru aku paham...aku join kelab 2 tapi tak penah anta entry kat situ..nape ntah..mungkin kepentingan bukan pada yang join..kepentingan cuma untuk admin promosi entry diorang..sory pendapat jek..

Siti Nurhuda Husna Zulkarnain said...[Reply to comment]

Assalamualaikum tuan punya belog, neo~ ^_^

Baru pertama kali ke blog ni.

Hurm. Yang isu Blogger Malaysia tu baru tahu. Tak jumpa lagi kat Facebook (sebab tak cari kot hehe).

Btw, rasanya sepatutnya penggunaan kata ganti diri pertama, kedua dan ketiga oleh admin tu patut ditulis lebih formal.

Reason?

Mereka mewakili "Blogger Malaysia" dan bukan dari sudut individu. Dan kalau beri pendapat sekalipun, sepatutnya adalah secara umum.

Entahlah. Mungkin penulis tu tengah "emo" sangat-sangat kot. =/

Setuju dengan tindakan Neo. =)

luth said...[Reply to comment]

bila diri terasa besar dan gah.. macam tu la

Shahrul said...[Reply to comment]

owh, mmg patut pun tidak mengikuti kelab dgn Admin sebegitu yg tidak menjaga tutur kata. Org ckp, bila org bg api, jgn kita simbah dgn minyak.

ariff said...[Reply to comment]

berdasarkan tarikh, benda ni berlaku masa aku tengah busy giler exam. Sorilah. Baru sekarang perasan. Time berlaku tu, memang aku terlepas pandang hal ni. So masa ko post kat wall aku tu, agak blur, malas dan takde masa nak investigate.

Harap maklum.

Zala Wajik said...[Reply to comment]

group tu siapakah admin-admin yang berkuasa?

neo.. said...[Reply to comment]

@ariff

owh..ok no problem :)

ROCK said...[Reply to comment]

nasib baik dj x ikut mana2..dj bergerak secara bebas..ikut kepala dj je nak post apa kat blog dj..lagi pun xada apa sgt blog dj,hanya kongsi minat pegemar muzik metal atau rock je...http//djrockworld.blogspot.com

SyoknyaDownload said...[Reply to comment]

memang patut tinggal

izzafey said...[Reply to comment]

biasa la tu...org skrg bercakap tak pakai otak...ckp ikut sedap mulut je. sebenarnya, semakin byk kita bercakap semakin byk kesilapan yg dilakukan, baik diam dan berfikir. aku pernah kena dgn minah mana dlm FB, siap maki hamun lagi...mencarut pun ada....tu baru pompuan.... mmg patut ko kuar. aku akan buat perkara yg sama jika aku berada ditempat ko.

aleeya husnan said...[Reply to comment]

dulu macam ni, sekarang dah tak.. hehe.. daripada 9 admin sekarang ni yang aktif 3 orang je. Miss N, M dengan DJ :p no emo2. nak emo langsung kena kick. hahaha..

Post a Comment

Harap maaf.Semua komen2 yang ditulis sebelum 18 Jun 2010 telah tiada lagi.Ini adalah disebabkan penukaran sistem komen dari intencedebate kepada default sistem.Segala kesulitan amat dikesali.

Note: Untuk pertanyaan off topic atau tidak berkaitan dengan entri ini sila tanya di sini Ruang Pertanyaan

back to top