Salam-salam semua,Genap sebulan aku hidup tanpa internet dan laptop.Sibuk dengan kehidupan dan segala masalah yang sewaktu dengannya.Kini aku kembali untuk housekeeping segala habuk-habuk yang dah penuh kat blog ni.Kali ini aku akan cuba tampil dengan sedikit perubahan dari segi layout dan content.Sebulan tanpa internet,telah mengajar aku tentang berbagai-bagai perkara.Bila ada free nanti aku akan ceritakan sedikit demi sedikit ok?
Tak dinafikan,untuk blogger baru seperti aku pasti akan memberi kesan kepada turunnya jumlah pembaca di blog bila terlalu lama blog tak diupdate.Dari purata 100 unique visitor sehari kini turun hingga 15-20 unique je.Syukur jugak lah dari takde langsung kan? Namun itu semua tidak lagi menjadi sesuatu yang merunsingkan kepala otak aku.Seperti yang telah aku pelajari dari beberapa orang blogger yang aku hormati,update blog bukanlah suatu perkara yang wajib.melainkan kita memang Fulltime blogger la.
Kita semua hidup di dunia realiti,masing2 ada urusan yang perlu diselesaikan,samada kita masih study atau dah bekerja,masa pasti menjadi penghalang untuk berblogging.Tapi bak kata kawan aku relax2 sudah..Bak kata sifu aku pulak,update entry yang benar2 berkualiti sahaja,biar sikit janji berkualiti.itu lebih baik dari blogger yang update blog 30 minit sekali tapi entri ntah hape2.itu kata sifu aku la.Pada aku pulak dunia blogging ni luas,tak kira lah apa pun yang korang nak tulis,tak jadi masalah.Yang penting niat,kalau niat baik,maka baik lah yang menanti.Simple je.
Apa-apa pun untuk entry ni aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi singgah kat blog aku selama sebulan aku takde.Kepada yang bertanya soalan tu,insyaallah aku akan cuba reply secepat yang boleh,dan pada yang komen tu,selagi lagi aku ingatkan pastikan ada link untuk aku pegi kat blog korang.Apa-apahal nanti senang.Sekian dulu untuk kali ni,aku nak sambung berblogwalking pulak lepas ni.Dah lama tak jogging malam2 ni,rasa rindu lah pulak.Haha.See u next time.Salam-salam.:-)
like tak?
Sekiranya korang rasa artikel ini berguna,Sudi2 kan lah share dengan kawan-kawan yang lain. :-)
Tweet




0 comments:
Post a Comment
Harap maaf.Semua komen2 yang ditulis sebelum 18 Jun 2010 telah tiada lagi.Ini adalah disebabkan penukaran sistem komen dari intencedebate kepada default sistem.Segala kesulitan amat dikesali.
Note: Untuk pertanyaan off topic atau tidak berkaitan dengan entri ini sila tanya di sini Ruang Pertanyaan