Entri ini aku buat kerana banyak sekali pertanyaan mengenai tajuk ini yang ditanya di
Ruang Pertanyaan , di
Contact Form , Yahoo messenger dan juga mesej di Facebook.
Kali ini aku akan cuba terangkan dengan sejelas-jelasnya cara untuk membuat menubar blogspot seperti yang selalu ditanya seperti soalan2 di bawah.
Note: Sila rujuk dahulu entri terdahulu sekiranya anda masih newbie atau masih baru belajar langkah2 untuk menghias dan menyusun layout blog.
Ramai yang bertanya cara untuk membuat menubar seperti ‘tutorial’ ‘butik saya’ ‘kedai saya’ atau ‘bla bla bla’ .Apa yang aku faham,korang mesti nak tajuk seperti ‘butik’ itu hanya memaparkan post yang berkenaan dengan butik sahaja.
Untuk membuat menubar seperti itu sila ikuti langkah2 dibawah.Untuk memudahkan korang memahami tutorial ini,aku akan sertakan sekali gambar yang berkaitan.
Langkah 1
Langkah 2
- Sekiranya anda ingin membuat tab seperti ‘blablabla’ pastikan setiap entri yang berkenaan dengan tajuk menubar itu di kategorikan atau dilabelskan dalam kategori atau labels ‘blablabla’.Apa yang aku maksudkan dengan Kategori atau Labels sila rujuk gambar 1a.

Gambar 1a
Langkah 3

Show atau paparkan kategori/labels anda pada blog.

Untuk paparkan kategori/labels pada blog – Pergi pada Dashboard>>klik pada Design>>klik pada Page Elements>>klik pada Add a Gadget>>klik pada labels (rujuk gambar di bawah)
Langkah 4

Home

nama link 1

nama link 2

nama link 3

nama link 4

note: Untuk cara memasang kod di atas,sila rujuk pada link yang telah aku berikan pada awal entri ini [Rujuk langkah 1]
Langkah 5

Masukkan link atau URL menubar yang diinginkan pada ‘masukkan link 1’ dan seterusnya.Masukkan tajuk menubar pada ‘nama link 1’ dan seterusnya.
Sebagai contoh..Sekiranya tajuk menubar korang ialah ‘blablabla’,pastikan setiap entri yang korang ingin masukkan dibawah tajuk ‘blablabla’ itu di labels/dikategorikan dengan ‘blablabla’ juga.Untuk contoh,di akhir entri ini nanti aku akan labels kan entri ini dengan labels ‘blablabla’
Langkah 6
- Dapatkan URL labels ‘blablabla’ tadi.
Cara dapatkan URL labels untuk menubar
- Klik pada labels/kategori yang telah korang paparkan pada langkah 3 tadi dan copy URL nya.Rujuk gambar di bawah.

klik pada labels ‘blablabla’

copy URL labels tersebut
Langkah 7

Setelah di copy URL labels yang berkenaan,masukkan URL tersebut pada kod menubar anda. [rujuk langkah 5]
Untuk contoh,aku akan buat satu menubar sementara bertajuk ‘blablabla’ pada blog ini,dan korang akan lihat semua post yang ada disertakan dengan labels ‘blablabla’ akan berada di dalam menubar ‘blablabla’
note: Menubar bertajuk ‘blablabla’ ni aku buat untuk contoh je.Aku akan delete semula menubar bertajuk ‘blablabla’ pada blog ini dalam masa 3hari.Harap maklum.
Ok done.Aku dah pening.Haha
Aku harap pada pembaca yang inginkan tutorial ini dapat memahami apa yang aku cuba terangkan di atas.Aku harap korang berjaya membuatnya.
Maaf kalau tutorial ni agak kelam kabut sikit,pasal aku ambil masa 3 hari nak siapkan tutorial ni.Otak serabut ..busy sikit lately ni,banyak keje.Hehe.
Apa-apa pun,selamat mencuba lah yer. :)
Happy blogging all!